Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Friday, October 21, 2011

10 kunci kejayaan di Dunia dan Akhirat

1) Kunci ilmu adalah bertanya dan mendergar

2) Kunci kemenangan adalah sabar

3) Kunci tambahnya nikmat ialah perasaan syukur

4) Kunci keselamatan dunia dan akhirat adalah taqwa

5) Kunci untuk termakbulnya permintaan adalah doa

6) Kunci maksiat adalah kesombongan

7) Kunci solat adalah taharah

8) Kunci ibadah haji adalah ihram

9) Kunci kebaikan adalah berpegang kepada yang benar

10) Kunci syurga adalah tauhid

Saturday, September 3, 2011

My first solat pagi raya.

This was taken on Hari Raya morning at 8.00am. We were prepared to join hubby for Solat Sunat Hari Raya Aidil Fitri which was held just blocks away from home.(the same place where they held terawikh). This the kids first time as well as mine ....and i will for sure would want to continue this tradition because it was quite fun to see all the muslims united melaungkan takbir hingga waktu solat.




Sunday, April 24, 2011

Sebutlah Bismillah...

Wajibnya Baca Bismillah Sebelum Makan
01 Des
Dari Hudzaifah bin Al-Yaman radhiallahu anhuma dia berkata:كُنَّا إِذَا حَضَرْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَعَامًا لَمْ نَضَعْ أَيْدِيَنَا حَتَّى يَبْدَأَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيَضَعَ يَدَهُ وَإِنَّا حَضَرْنَا مَعَهُ مَرَّةً طَعَامًا فَجَاءَتْ جَارِيَةٌ كَأَنَّهَا تُدْفَعُ فَذَهَبَتْ لِتَضَعَ يَدَهَا فِي الطَّعَامِ فَأَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِيَدِهَا ثُمَّ جَاءَ أَعْرَابِيٌّ كَأَنَّمَا يُدْفَعُ فَأَخَذَ بِيَدِهِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَسْتَحِلُّ الطَّعَامَ أَنْ لَا يُذْكَرَ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ وَإِنَّهُ جَاءَ بِهَذِهِ الْجَارِيَةِ لِيَسْتَحِلَّ بِهَا فَأَخَذْتُ بِيَدِهَا فَجَاءَ بِهَذَا الْأَعْرَابِيِّ لِيَسْتَحِلَّ بِهِ فَأَخَذْتُ
بِيَدِهِ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إِنَّ يَدَهُ فِي يَدِي مَعَ يَدِهَا
“Bila kami menghadiri jamuan makan bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, kami tidak akan meletakkan tangan kami (di makanan) hingga Rasulullah shallallahu alaihi wasallam mulai meletakkan tangan beliau. Suatu ketika kami menghadiri jamuan makan bersama beliau, maka tiba-tiba datang seorang anak wanita -seakan-akan ada yang mendorongnya- yang ingin meletakkan tangannya pada makanan itu, maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menahan tangannya. Kemudian datang lagi seorang badui -seakan-akan ada yang mendorongnya- yang ingin meletakkan tangannya di atas makanan itu, maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kembali menahan tangannya. Setelah itu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Sesungguhnya setan menghalalkan makanan untuknya dengan cara dia mengusahakan agar makanan tersebut tidak disebut nama Allah padanya. Dia (setan) datang bersama dengan anak perempuan ini untuk menghalalkan makanan tersebut, maka aku menahan tangannya. Da juga datang bersama orang badui ini untuk menghalalkannya maka aku menahan tangannya. Demi Yang jiwaku berada di tangan-Nya, sesungguhnya tangan setan itu berada di tanganku bersama dengan tangan anak wanita itu.” (HR. Muslim no. 2107)
Dari Aisyah radhiallahu anha dia berkata:فَإِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ طَعَامًا فَلْيَقُلْ بِسْمِ اللَّهِ فَإِنْ نَسِيَ أَنْ يَقُولَ بِسْمِ اللَّهِ فِي أَوَّلِهِ فَلْيَقُلْ بِسْمِ اللَّهِ فِي أَوَّلِهِ وَآخِرِهِ


“Jika salah seorang dari kalian menyantap makanan, hendaknya dia membaca ‘BISMILLAH’. Jika dia lupa membacanya maka hendaknya dia mengucapkan, ‘BISMILLAHI FII AWWALIHI WA AKHIRIHI (dengan nama Allah pada permulaan dan akhirnya).” (HR. Abu Daud no. 3767 At-Tirmizi no. 1858, dan Ibnu Majah no. 3255)Dari Jabir bin ‘Abdillah radhiallahu anhuma: Sesungguhnya dia mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:إِذَا دَخَلَ الرَّجُلُ بَيْتَهُ فَذَكَرَ اللَّهَ عِنْدَ دُخُولِهِ وَعِنْدَ طَعَامِهِ قَالَ الشَّيْطَانُ لَا مَبِيتَ لَكُمْ وَلَا عَشَاءَ وَإِذَا دَخَلَ فَلَمْ يَذْكُرْ اللَّهَ عِنْدَ دُخُولِهِ قَالَ الشَّيْطَانُ أَدْرَكْتُمْ الْمَبِيتَ وَإِذَا لَمْ يَذْكُرْ اللَّهَ عِنْدَ طَعَامِهِ قَالَ أَدْرَكْتُمْ الْمَبِيتَ وَالْعَشَاءَ


“Jika seseorang menyebut nama Allah ketika hendak masuk rumahnya dan ketika hendak makan, maka setan berkata, “Kalian (bangsa setan) tidak mempunyai tempat menginap dan makan malam.” Jika seseorang tidak menyebut nama Allah ketika hendak masuk rumahnya, maka setan berkata, “Kalian sudah mendapatkan tempat menginap.” Dan jika seseorang tidak menyebut nama Allah sewaktu hendak makan, maka setan berkata, “Kalian sudah mendapatkan tempat menginap dan makan malam.” (HR. Muslim no. 2018)
Penjelasan ringkas:
Di antara adab yang wajib diketahui oleh setiap muslim sebelum makan adalah disyariatkan untuk membaca ‘BISMILLAH’ sebelum makan. Hukum membacanya adalah wajib berdasarkan perintah dalam hadits Aisyah di atas dan hadits-hadits lain yang akan kami sebutkan di bawah. Sementara hukum asal dari sebuah perintah adalah wajib kecuali jika ada dalil yang memalingkannya kepada hukum sunnah, dan di sini tidak ada satupun dalil yang bisa memalingkan hukum wajib ini. Wajibnya membaca basmalah sebelum makan adalah pendapat yang dikuatkan oleh Ibnu Al-Utsaimin dalam Asy-Syarh Al-Mumti’ (1/132). Imam Ibnu Al-Qayyim berkata dalam Zaad Al-Ma’ad (2/396), “Yang benarnya, wajib membaca basmalah ketika akan makan…. Hadits-hadits yang memerintahkannya shahih lagi tegas. Tidak ada dalil lain yang bertentangan dengannya dan tidak ada pula ijma’ yang diperbolehkan untuk menyelisihinya dan mengeluarkannya dari hukum asalnya.”
Di antara dalil yang menunjukkan wajibnya membaca basmalah sebelum makan adalah pengabaran Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dalam hadits Jabir di atas bahwa setan akan makan bersama orang yang tidak membaca basmalah. Jika menjauh dari gangguan setan hukumnya adalah wajib maka itu menunjukkan membaca basmalah sebelum makan hukumnya juga wajib. Karenanya sudah sepatutnya setiap muslim memperhatikan hal ini dan jangan sampai dia lalai dari membacanya.
Dalil lain yang menunjukkan perintah membaca basmalah sebelum makan adalah sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam kepada Umar bin Abi Salamah:يَا غُلاَمُ سَمِّ اللهَ وَكُلْ بِيَمِيْنِكَ
“Wahai anak kecil, sebutlah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu.” (HR. Al-Bukhari no. 5376 dan Muslim no. 2022)
Dalam riwayat lain:إِذَا أَكَلْتَ فَقُلْ بِسْمِ اللهِ
“Jika kamu makan maka bacalah ‘BISMILLAH’.” (Dinyatakan shahih oleh Al-Albani dalam Ash-Shahihah no. 344)
Dan di antara rahmat Islam adalah diberikannya uzur bagi mereka yang lupa membaca basmalah sebelum makan, akan tetapi dia disunnahkan untuk membaca BISMILLAHI FII AWWALIHI WA AKHIRIHI ketika dia mengingatnya, walaupun dia tengah makan.
Masalah:Apakah yang dibaca cukup BISMILLAH ataukah boleh menambahnya menjadi BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM?
Jawab:Yang lebih selamat adalah mencukupkan diri sesuai dengan yang tersebut dalam nash-nash yang ada yaitu hanya membaca BISMILLAH, berdasarkan dalil-dalil di atas. Dan di antara dalil yang menunjukkan hal ini adalah hadits riwayat Ahmad no. 19179:كَانَ إِذَا قُرِّبَ إَلَيْهِ طَعَاماً قال:بِسْمِ اللهِ
“Jika beliau disuguhi makanan, beliau membaca: BISMILLAH.”(Dinyatakan shahih oleh Al-Albani dalam Ash-Shahihah no. 71)
Hadits Jabir di atas juga termasuk dari tanda-tanda kenabian Rasulullah shallallahu alaihi wasallam karena berisi pengabaran tentang makhluk ghaib. Juga menunjukkan bahwa setan itu makan dengan apa yang manusia makan dan tinggal dimana manusia tinggal. Dan jika setan mendapatkan makanan maka dia akan bertambah kuat sehingga bisa dengan mudah mengalahkan manusia yang dia iringi.


sumber: http://al-atsariyyah.com/wajibnya-baca-bismillah-sebelum-makan.html

Monday, December 6, 2010

Selamat menyambut maal hijrah 1432H. (6 disember 2010)

Doa akhir tahun (dibaca 3 kali)
Doa ini dibaca selepas fardhu Asar hari terakhir bulan Zulhijjah.

Doa awal tahun (dibaca 3 kali)
Dibaca selepas fardhu Maghrib awal tahun hijrah.

Semoga di tahun baru Islam ini, Allah memberkati kami iman yang kukuh, rezeki yang berkat, memelihara kami dan melindung kami dari gangguan syaithan dan kuncu kuncunya serta anak buahnya. Amin Amin Amin ya rab alamin.

Peristiwa yang berkaitan dengan
MUHARRAM (29 hari)

* 1 Muharram- Awal Hijrah

* 10 Muharram -Hari Asyura

* Hari kematian Saidina Hussen Bin Ali cucu Rasullulah s.a.w

Tuesday, April 20, 2010

Jauhi khidmat bomoh guna sihir.

I took this from a darulnuman forum and this person post this based on berita harian at malaysia which i find it interesting and informative.

Jauhi khidmat bomoh guna sihir
Oleh Lokman Ismail


MENGIKUT Kamus Dewan, gelaran bomoh, dukun, tukang tenung dan pawang mempunyai makna berbeza, tetapi membawa maksud hampir sama. Dalam maksud umum, penggunaan perkataan bomoh lebih kerap digunakan bagi menjelaskan orang yang mengubat orang sakit dengan cara tradisional dan jampi.


Di kalangan orang Melayu, bomoh dianggap istimewa dapat menyembuhkan penyakit misteri yang tidak mampu diubati secara perubatan moden. Keberkesannya diakui oleh pakar perubatan moden sendiri, biarpun sukar untuk dikaitkan dengan apa yang berlaku berdasarkan kepada hukum tabii.

Malah, khidmat bomoh juga digunakan untuk menghalau gangguan makhluk halus, pengikat kasih, membuang sial dan mencari barang hilang. Cara bomoh mengendalikan rawatan dan amalan perbomohan berbeza mengikut keistimewaan masing-masing. Sebab itu ia sukar untuk diterjemahkan dalam kefahaman biasa manusia. Kebolehan bomoh yang dianggap istimewa menjadikan ia pilihan menyelesaikan masalah berkaitan. Memandangkan cara setiap bomoh berbeza, maka tidak dapat dijangka apakah cara sebenarnya. Sebab itu, sesiapa yang menemui bomoh bersedia untuk disuruh melakukan apa saja. Hal ini diambil kesempatan oleh bomoh tidak bertanggungjawab. Kes orang menjadi mangsa bomoh kerap dilaporkan. Disebabkan percayakan bomoh, ada mangsa diperkosa, membayar wang puluhan ribu, mengalami kecederaan dan dibunuh.

Dari sudut agama, amalan perbomohan perlu mengikuti kriterianya. Sekiranya tidak teliti dan tidak memahami panduan ditetapkan syariat, amalan perbomohan mudah menghampirkan seseorang kepada syirik. Hal ini menyebabkan bomoh, orang mempercayai bomoh dan sesiapa terkhinzirt dalam amalan perbomohan itu melakukan dosa syirik. Amalan bomoh mudah terkhinzirt perbuatan syirik disebabkan meminta pertolongan makhluk halus iaitu jin dan syaitan. Kebolehan dan keistimewaan bomoh dibantu oleh ilmu kebatinan yang dilakukan dengan pertolongan jin. Untuk itu, bomoh membela jin sebagai khadam membantu kerja perbomohan. Istilah ‘menurun’, jampi dan pengeras biasa digunakan dalam perbomohan. Ketika menurun, jin biasanya meresap ke dalam tubuh bomoh atau orang sakit sehingga menampakkan sifat berlainan. Jin membuat tugas bagi pihak bomoh. Ia melakukan sesuatu luar biasa pada pandangan manusia, sedangkan itu sifat biasa dikurniakan Allah terhadap jin. Menundukkan jin untuk tujuan mempermudahkan urusan manusia diharuskan. Nabi Sulaiman menggunakan bala tentera di kalangan manusia dan jin. Malah, jin dan malaikat sentiasa membantu manusia dalam hal-hal tertentu. Tetapi, hanya orang tertentu diberikan keistimewaan ini oleh Allah. Individu ini mendapat sesuatu yang tidak diberikan kepada orang biasa. Sebaliknya, secara umumnya hubungan bomoh dengan jin belaannya bukan satu anugerah istimewa. Ramai memperoleh bantuan jin (bahkan syaitan) dengan cara amalan salah. Mereka bukan menguasai jin, tetapi jin menguasai mereka. Bomoh dan jin mempunyai ‘perjanjian’ dan syarat yang memkhinzirtkan amalan syirik. ]

Amalan pemujaan jin, menunaikan permintaan jin dan melanggar hukum agama menjadi syarat yang biasa ditetapkan oleh jin. Syarat bukan saja dikehendaki melakukan kejahatan, bahkan tidak dibenarkan melakukan perkara kebaikan. Semua amalan itu perbuatan syirik, yakni mempercayai kekuasaan lain selain Allah. Syarat dikenakan jin untuk menyesatkan manusia jauh daripada ajaran Islam sebenar. Syarat itu bergantung kepada apa yang diminta oleh bomoh. Ada syarat melakukan pembunuhan, menodai gadis atau memuja mayat. Semua itu perbuatan dosa besar. Sesungguhnya syaitan adalah musuh manusia yang nyata. Syaitan sekali-kali tidak akan membantu manusia, melainkan berjaya menyesatkan manusia dengan pertolongan itu. Bantuan yang diberikan itu sekadar untuk meyakinkan manusia terhadap kebolehannya dan memberi ruang masa yang lebih panjang untuk memperdaya manusia dengan cara perbomohan.


Bomoh cari barang hilang memperlihatkan kebolehan mengesan barang yang hilang atau dicuri. Ia satu pertolongan jin untuk mengetahui lokasi barang itu. Di sebalik pertolongan itu, jin memasang perangkap dengan mengaitkan kehilangan itu dengan perbuatan orang lain. Makluman jin itu mencetus pelbagai andaian sehingga lahir perasaan curiga, permusuhan, dendam dan perpecahan sesama manusia. Banyak ikatan persaudaraan, persahabatan dan kerjasama putus akibat angkara tipu daya syaitan yang dilakukan melalui perbomohan.

Sebab itu, Islam mengharamkan perbuatan menilik. Dalam bahasa Arab ia disebut araf atau kahin. Sebuah hadis bermaksud: “Barang siapa datang kepada tukang tenung (bomoh), kemudian dia membenarkan perkataannya, maka sembahyangnya tidak diterima oleh Allah selama 40 hari.” (Hadis riwayat Muslim). Dalam hadis lain diriwayatkan oleh Abu Daud dari Abu Hurairah bermaksud: Barang siapa mendatangi kahin (dukun) dan membenarkan apa yang mereka katakan, sungguh ia kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad.”

Jelas sekali larangan itu kerana banyak keburukan akibat percayakan bomoh. Syaitan menjadikan perantaraan bomoh untuk melakukan perkara haram. Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan bertenung nasib adalah najis (haram), dan ia adalah perbuatan syaitan.” (Surah al-Maidah, ayat 90). Upacara perbomohan juga ada memkhinzirtkan amalan sihir yang diharamkan dalam Islam. Sihir adalah kuasa luar biasa yang memkhinzirtkan pertolongan jin dan syaitan. Tanpa pertolongan itu, manusia tidak mungkin dapat melakukannya.


Kebolehan luar biasa manusia di kalangan nabi dipanggil mukjizat dan di kalangan manusia biasa dipanggil keramat. Manusia biasa mendapat keramat di atas ketakwaan dan keimanan yang kuat. Pun begitu, orang mendapat keramat tidak menggunakan sesuka hati, bahkan seboleh-bolehnya merahsiakan kebolehan itu untuk mengelak salah faham masyarakat. Upacara perbomohan atau berjumpa bomoh untuk tujuan kebaikan tidak ditegah jika dilakukan mengikut tuntutan syariat. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggariskan panduan atau syarat menentukan perbomohan itu dibenarkan syariat. Di antara syarat itu ialah tidak menggunakan bentuk amalan sihir, ilmu hitam dan tilik. Ia juga tidak mengaitkan pengeras dengan sesuatu akibat. Selain itu, tidak memkhinzirtkan perbuatan berunsur syirik seperti pemujaan dan sembelihan binatang. Bacaan dalam perbomohan juga tidak memkhinzirtkan unsur meminta pertolongan daripada kuasa ghaib. Pada masa sama tidak ditetapkan pantang larang yang jelas bercanggah dengan Islam. Sekiranya syarat itu dipatuhi, harus kita berjumpa bomoh untuk berusaha berubat dan tujuan tertentu. Perbuatan itu sebagai satu usaha seperti memakan ubat atau mendapat khidmat nasihat doktor.


Perbezaan di antara bomoh dan doktor hanya dari segi cara perubatannya. Islam mengharuskan dilakukan usaha berubat dengan cara bacaan doa dan ayat al-Quran. Kedua-duanya diharuskan sebagai usaha memohon kepada Allah agar menyembuhkan penyakit atau menunaikan sesuatu hajat. Kelebihan al-Quran sebagai mukjizat yang tiada tandingannya memang dibenarkan. Ia boleh dijadikan sebahagian daripada doa atau memohon pertolongan daripada Allah. Rasulullah sering menyuruh orang yang sakit agar membaca al-Quran secara keseluruhannya atau ayat tertentu sebagai satu doa. Firman Allah bermaksud: “Dan Kami turunkan daripada al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman.” (Surah al-Isra, ayat 82).


Seharusnya kita dapat membezakan di antara amalan perbomohan dibenarkan syariat atau tidak. Perkara ini penting bagi mengelak diri daripada terus berada dalam keadaan syirik kepada Allah. Sesiapa melakukan dosa syirik tidak diampunkan dosanya, melainkan kembali mengucapkan kalimah syahadat. Sebarang masalah yang dihadapi ada jalan penyelesaiannya mengikut aturan agama. Allah memberi pertolongan kepada sesiapa bermohon kepadanya dan bersungguh-sungguh melakukan apa yang sepatutnya. Yakinlah, syaitan tidak pernah melakukan kebaikan kepada manusia. Sekiranya ada pertolongan diberikan, ia hanya satu tipu daya membawa kepada keburukan dan perbuatan keji. Firman Allah bermaksud: “Hai orang beriman! Janganlah kamu turut langkah syaitan. Dan sesiapa yang menurut langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan keji dan kesalahan.” (Surah an-Nur, ayat 21)

Wednesday, February 24, 2010

Never been this far....



It's a size of my palm..



I already checked the Prayer times for Bangkok,


Subuh: 5.26am Syuruk: 6.36am Zohor: 12.31pm Asar: 3.52pm Margrib: 6.52pm Isyak: 7.32pm I'm glad that i bought a set telekung for travel purpose and based on the picture above, you can see how small it is, right...a space saver for your luggage! Most likely i'll be doing solat Qasar dan Jamak...which i always practise when i'm away. Solat Qasar ialah untuk orang yg dlm perjalanan, dibolehkan memendekkan solat wajib yg empat rakaat menjadi dua rakaat. Solat Jamak ialah dua solat yg dikumpulkan di dlm satu waktu misalnya Zohor dgn Asar dan Maghrib dgn Isyak.

Thursday, January 21, 2010

Finally.



Yesterday was the day...like finally...Guess what? I had khatam Al-Quran for the first time at the age of 31...well, serve me right for always ponteng my religious class when i was young...(jahil mah). But don't worry, i will not feel embarassed by it...infact i'm glad that i learnt ngaji with my guru ngaji because she taught me tajwid as well which i did not learn or know about it when i was young.

Yesterday i called my mother and hubby and shared my good news....and of course they feel happy about it and ucap Alhamdullilah. I remembered i was 22 or 23 when i decided to relearn everything from Iqra'...so from a single to being married and to being a mother never stop me to keep on going even though i can't attend class that often cause i always got never-ending list to do. But alhamdullilah that i never forget or stop...and my hubby always known me for my determination...hehe Once i set my mind on something...i will definitely do it even in a slower pace.

I hope to continue reading Al-quran till i gave my last breath and i thought of attending a ceramah or class on tafsir-tafsir Al-Quran because it is very important and wajib to know the meaning of every surah. In fact i already bought Tafsiran Al-quran books years ago for easy access. Skali lagi, aku bersyukur kpd mu ya Allah dan semoga kami dibimbing ke jln mu sentiasa dan tidak jemu membaca ayat-ayat sucimu. Amin.

Saturday, January 16, 2010

Marilah Mengaji (kids A.L.I.V.E programme)

This is their classroom. Quite a number of kids showed up and all of them were so cute with their outfits. One of them even wore samping and songkok...exactly like Hari Raya outfit...lol So cute....i think Aniq is the most undress one but nevermind, i will make him wear songkok next time so that he will also look cute next time.





Aliah was nervous when the class started and she knew that i can't be there with her but when the class ended, she was the one who ended up happy and excited and when i asked them whether they are happy or not, they answered me, " YES!!"
Yeaahhhh....I'm happy when they are happy, of course.
I was quite pleased that the ustazah taught them some doa' too apart from teaching them Arabic words. Next week, Dh will be around to send them to class with me so he can see for himself then.

Friday, January 15, 2010

The kids first iqra' lesson

Dh will be working tomorrow morning so i need to send the kids alone all by myself (sob..sob).
Well it's ok because i can see the kids are getting more independent these days so no worries i guess. I'm sure they can manage somehow and they will be getting new friends!!
Dh successfully enrolled them just today after Friday's prayer and altogether we paid $90 for two kids. $20 each for registration fee plus $25 each every month's fees.

Darul Makmur Mosque has so many activities or classes lined up especially for kids, teens and even adults so i really hope that the kids growing up, feeling comfortable and close to the mosque. Because everytime i went to a mosque or musollah for my prayer, sometimes i would see some teenagers doing their prayers even with their friends and i can't help feeling envy hoping my kids would do the same thing too when they growing up, always remember their duties even when they are with their friends.

So i guess this is my first step of doing that.
It's 1hr class so i don't think i can hang around at mum's place in the meanwhile cause i don't want to rush....
But at least i can visit my mum often after their class especially if Dh is working afternoon shift.

Solat Sunat Dua gerhana

Alhamdullilah...i was informed about solat sunat gerhana by my guru ngaji today. She told me to perform the solat after asar (solat sunat gerhana matahari).

Called my mother and she already knew about it from Ustazah Habsah's class she attended yesterday.

I think i need to buy Berita Harian regularly to be be well-informed but alhamdullilah i still able to do it just now ...all thanks to my guru ngaji. =D



Solat Sunat Dua Gerhana

Solat Khusufain ialah solat Dua Gerhana, yakni solat kerana gerhana bulan atau gerhana matahari.

Kalau gerhana bulan kita lakukan solat Khusuf dan kalau gerhana matahri kita lakukan solat Khusuf. Kedua solat ini hukumnya sunat muakkad.

Waktu melakukan solat gerhana matahari iaitu dari timbul gerhana itu sampai matahari kembali sebagaimana biasa atau sampai terbenam. Sedangkan solat gerhana bulan waktunya mulai dari terjadinya gerhana itu sampai terbit kembali, atau sampai bulan nampak penuh.




Ia bukanlah berlaku kerana kemurkaan Allah swt, tetapi merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaan Allah swt. Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah swt pada hambanya kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains. Ia bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga pada zaman Nabi saw yang dikenali sebagai sebaik-baik kurun.


Dalilnya :

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ الشَّمْسَ وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ
ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا

Maksud: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”

Dalilnya :

عن ابن مسعود الانصارقال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله. يخوف بهما عباده. وَاِنَّهُمَا لا ينكسفان لموتِ أحد مِنَ النَّاسِ. فإذا رأيتم منها شيئا. فصلوا وادعوا الله يكشف ما بكم.

Maksud: Dari Abu Mas’ud Al Ansari beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya matahari dan rembulan (bulan) adalah dua di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya (kalau sedang gerhana) oleh Allah digunakan untuk menakuti para hambaNya. Dan keduanya tidaklah gerhana lantaran kematian seseorang di antara manusia. Kerana itu, apabila kalian melihatnya, maka lakukanlah solat dan berdoalah kepada Allah sampai hal yang menakutkan itu hilang”

Thursday, December 31, 2009

Resolution for 2010

ok.let's talk resolution again for 2010...My resolution for 2009 is to eat more vegetables and i did that alright. So mission accomplished.

So for 2010, i hope to become more God-fearing person to be a better muslim and in the same time so that i can guide my two little angels to the path that i wish for them.
And another one is to drink more plain water as i keep having dry skin around my nails...gross and irritating.

I love having resolution because i feels it opens a new chapter in my life. It's like i'm being reborn every year....

Wednesday, August 5, 2009

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.


Religious customs dictate, a recital of surah yaasin was held after the Maghrib prayer, led by the Imam.The surah yaasin was read three times simultaneously, which included its different reasons and asked for different benefits. This was then followed with a 'doa nisfu sya'aban'.

The first reading of the surah yaasin was conducted to ask for longevity to enable the faithful to further commit or 'beribadat' to Allah the Al-Mighty.

Second was to ask for good fortune or 'rezeki halal'.

And the last was to strengthen one's faith towards Allah (tetapkan Iman)and to hope that one would pass away by staying true to the faith.The surah yaasin was recited after the Maghrib prayers as the Hijrah date will changed at the time that the Maghrib prayer is called.

One of the benefits of performing the 'puasa sunat' during this month was as an exercise and to prepare for fasting before performing it for the whole month of Ramadhan, which follows after Sya'aban.


My mum called me today in the afternoon to ask me along to Masjid Darul Makmur to solat Maghrib there and read Yasin together in the name of Nisfu Syaaban...Blh dergar ceramah skali but too bad i was still having period so i can't go with her. Kalau dipanjangkan umur....maybe next time...insyaallah...

Wednesday, July 22, 2009

Solat sunat dua gerhana

Solat Khusufain ialah solat Dua gerhana, yakni solat keranan gerhana bulan atau gerhana matahari.

Kalau gerhana bulan kita lakukan solat Khusuf dan kalau gerhana matahari kita lakukan solat Kusuf. Kedua solat ini hukumnya sunat muakkad.(sunat yang amat digalakkkan)

Waktu melakukan solat gerhana matahari iaitu dari timbul gerhana itu sampai matahari kembali sebagaimana biasa atau sampai terbenam. (wahida..i was right, hehe)
Sedangkan solat gerhana bulan waktunya mulai dari terjadinya gerhana itu sampai terbit kembali atau sampai bulan nampak penuh.

Cara mengerjakannya:

Solat 2 rakkat sebagaimana solat biasa blh dilakukan secara bersendirian, tetapi lebih utama dilakukan secara berjemaah.

Solat 2 rakaat dgn 4 kali rukuk dan 4 kali sujud. Pada rakaat pertama sesudah rukuk dan iktidal bacalah surah al-Fatihah lagi, kemudian terus rukuk sekali lagi dan iktidal lagi, kemudian terus sujud sebagaimana biasa.

Pada rakaat kedua juga dilakukan seperti pada rakaat pertama. Dgn demikian solat gerhana itu semuanya ada 4 kali rukuk, 4 kali membaca al-Fatihah dan 4 kali sujud.

Bacaan al-Fatihah dan surah dlm surah dlm solat gerhana blh dinyaringkan sedang dlm gerhana matahari tidak boleh dinyaringkan. Pada tiap-tiap rakaat disunatkan membaca surah-surah panjang.

Jika solat gerhana itu dikerjakan seperti solat biasa iaitu dua rakaat dgn 2 rukuk maka sah solatnya.

Lafaz niatnya (gerhana bulan):
"Aku solat gerhana bulan 2 rakaat kerana Allah Taala."

Lafaz niatnya (gerhana matahari):
"Aku solat gerhana matahari 2 rakaat kerana Allah Taala."


Truth to be told(like what i told wahida)..i never did this solat sunat before...
but i have heard my guru ngaji told me about this solat sunat.

Ini berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang (hilang gerhana) apa dengan kamu.

Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah saw pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana. Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia.
Rasulullah saw telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik.

HIKMAH DAN SEBAB GERHANA

Terdapat beberapa sebab dan hikmah mengapa Allah menciptakan kejadian ini. Antaranya yang dijelaskan oleh para Ulama ialah, Allah mahu menakut-nakutkan hambanya dan membuktikan bahawa Bulan dan Matahari tidak lebih dari kekuasaan-Nya. Abu Musa ada menyebut bahawa tanda-tanda ini ialah disebabkan Allah mahu menakutkan para hamba-Nya. Kata beliau, "Tanda-tanda yang Allah kirimkan ini bukanlah karena kematian atau kehidupan seseorang, tetapi Allah sedang manakut-nakutkan hamba-hamba-Nya dengannya, maka jika kalian melihat sesuatu yang demikian itu, bersegeralah untuk mengingat Allah, berdo’a dan meminta ampun kepada-Nya"[2].Selain daripada menakutkan para hamba-Nya, menurut Imam Ibrahim al-Baijuri, antara hikmah berlakunya fenomena gerhana ialah sebagai peringatan kepada golongan penyembah matahari dan bulan bahawa kedua-dua matahari dan bulan adalah makhluk yang tunduk dan patuh pada kekuasaan Allah. Jika kedua-duanya adalah tuhan sebagaimana dakwaan mereka, nescaya akan menjaga dirinya daripada kekurangan, lalu mengapakah cahayanya boleh hilang seketika?

 
template by suckmylolly.com flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com