Wednesday, July 22, 2009

Solat sunat dua gerhana

Solat Khusufain ialah solat Dua gerhana, yakni solat keranan gerhana bulan atau gerhana matahari.

Kalau gerhana bulan kita lakukan solat Khusuf dan kalau gerhana matahari kita lakukan solat Kusuf. Kedua solat ini hukumnya sunat muakkad.(sunat yang amat digalakkkan)

Waktu melakukan solat gerhana matahari iaitu dari timbul gerhana itu sampai matahari kembali sebagaimana biasa atau sampai terbenam. (wahida..i was right, hehe)
Sedangkan solat gerhana bulan waktunya mulai dari terjadinya gerhana itu sampai terbit kembali atau sampai bulan nampak penuh.

Cara mengerjakannya:

Solat 2 rakkat sebagaimana solat biasa blh dilakukan secara bersendirian, tetapi lebih utama dilakukan secara berjemaah.

Solat 2 rakaat dgn 4 kali rukuk dan 4 kali sujud. Pada rakaat pertama sesudah rukuk dan iktidal bacalah surah al-Fatihah lagi, kemudian terus rukuk sekali lagi dan iktidal lagi, kemudian terus sujud sebagaimana biasa.

Pada rakaat kedua juga dilakukan seperti pada rakaat pertama. Dgn demikian solat gerhana itu semuanya ada 4 kali rukuk, 4 kali membaca al-Fatihah dan 4 kali sujud.

Bacaan al-Fatihah dan surah dlm surah dlm solat gerhana blh dinyaringkan sedang dlm gerhana matahari tidak boleh dinyaringkan. Pada tiap-tiap rakaat disunatkan membaca surah-surah panjang.

Jika solat gerhana itu dikerjakan seperti solat biasa iaitu dua rakaat dgn 2 rukuk maka sah solatnya.

Lafaz niatnya (gerhana bulan):
"Aku solat gerhana bulan 2 rakaat kerana Allah Taala."

Lafaz niatnya (gerhana matahari):
"Aku solat gerhana matahari 2 rakaat kerana Allah Taala."


Truth to be told(like what i told wahida)..i never did this solat sunat before...
but i have heard my guru ngaji told me about this solat sunat.

Ini berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang (hilang gerhana) apa dengan kamu.

Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah saw pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana. Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia.
Rasulullah saw telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik.

HIKMAH DAN SEBAB GERHANA

Terdapat beberapa sebab dan hikmah mengapa Allah menciptakan kejadian ini. Antaranya yang dijelaskan oleh para Ulama ialah, Allah mahu menakut-nakutkan hambanya dan membuktikan bahawa Bulan dan Matahari tidak lebih dari kekuasaan-Nya. Abu Musa ada menyebut bahawa tanda-tanda ini ialah disebabkan Allah mahu menakutkan para hamba-Nya. Kata beliau, "Tanda-tanda yang Allah kirimkan ini bukanlah karena kematian atau kehidupan seseorang, tetapi Allah sedang manakut-nakutkan hamba-hamba-Nya dengannya, maka jika kalian melihat sesuatu yang demikian itu, bersegeralah untuk mengingat Allah, berdo’a dan meminta ampun kepada-Nya"[2].Selain daripada menakutkan para hamba-Nya, menurut Imam Ibrahim al-Baijuri, antara hikmah berlakunya fenomena gerhana ialah sebagai peringatan kepada golongan penyembah matahari dan bulan bahawa kedua-dua matahari dan bulan adalah makhluk yang tunduk dan patuh pada kekuasaan Allah. Jika kedua-duanya adalah tuhan sebagaimana dakwaan mereka, nescaya akan menjaga dirinya daripada kekurangan, lalu mengapakah cahayanya boleh hilang seketika?

0 comments:

 
template by suckmylolly.com flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com