Friday, August 15, 2008

Nifsu Syaaban

Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari Sabtu malam Ahad , 16hb August, 2008 (selepas maghrib pada hari 14 Sya'aban 1429H).

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, malam = 16 August 2008)Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaatRakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1xRakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, malam = 16 August 2008)i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allahii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allahiii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati didalam iman & pohonlah segala yang baik….Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11xBaca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)

Allah akan mengampunkan dosa pada malam nisfu Syaaban kecuali kepada enam orang (golongan):
Orang yang kekal minum arakOrang yang derhaka kepada kedua ibu bapaOrang yang kekal dalam zinaOrang yang banyak berkelahiOrang yang melakukan perjualan dengan sumpah yang dustaOrang yang memperlagakan orang lain supaya berkelahi.


0 comments:

 
template by suckmylolly.com flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com