Tuesday, April 20, 2010

Jauhi khidmat bomoh guna sihir.

I took this from a darulnuman forum and this person post this based on berita harian at malaysia which i find it interesting and informative.

Jauhi khidmat bomoh guna sihir
Oleh Lokman Ismail


MENGIKUT Kamus Dewan, gelaran bomoh, dukun, tukang tenung dan pawang mempunyai makna berbeza, tetapi membawa maksud hampir sama. Dalam maksud umum, penggunaan perkataan bomoh lebih kerap digunakan bagi menjelaskan orang yang mengubat orang sakit dengan cara tradisional dan jampi.


Di kalangan orang Melayu, bomoh dianggap istimewa dapat menyembuhkan penyakit misteri yang tidak mampu diubati secara perubatan moden. Keberkesannya diakui oleh pakar perubatan moden sendiri, biarpun sukar untuk dikaitkan dengan apa yang berlaku berdasarkan kepada hukum tabii.

Malah, khidmat bomoh juga digunakan untuk menghalau gangguan makhluk halus, pengikat kasih, membuang sial dan mencari barang hilang. Cara bomoh mengendalikan rawatan dan amalan perbomohan berbeza mengikut keistimewaan masing-masing. Sebab itu ia sukar untuk diterjemahkan dalam kefahaman biasa manusia. Kebolehan bomoh yang dianggap istimewa menjadikan ia pilihan menyelesaikan masalah berkaitan. Memandangkan cara setiap bomoh berbeza, maka tidak dapat dijangka apakah cara sebenarnya. Sebab itu, sesiapa yang menemui bomoh bersedia untuk disuruh melakukan apa saja. Hal ini diambil kesempatan oleh bomoh tidak bertanggungjawab. Kes orang menjadi mangsa bomoh kerap dilaporkan. Disebabkan percayakan bomoh, ada mangsa diperkosa, membayar wang puluhan ribu, mengalami kecederaan dan dibunuh.

Dari sudut agama, amalan perbomohan perlu mengikuti kriterianya. Sekiranya tidak teliti dan tidak memahami panduan ditetapkan syariat, amalan perbomohan mudah menghampirkan seseorang kepada syirik. Hal ini menyebabkan bomoh, orang mempercayai bomoh dan sesiapa terkhinzirt dalam amalan perbomohan itu melakukan dosa syirik. Amalan bomoh mudah terkhinzirt perbuatan syirik disebabkan meminta pertolongan makhluk halus iaitu jin dan syaitan. Kebolehan dan keistimewaan bomoh dibantu oleh ilmu kebatinan yang dilakukan dengan pertolongan jin. Untuk itu, bomoh membela jin sebagai khadam membantu kerja perbomohan. Istilahmenurun’, jampi dan pengeras biasa digunakan dalam perbomohan. Ketika menurun, jin biasanya meresap ke dalam tubuh bomoh atau orang sakit sehingga menampakkan sifat berlainan. Jin membuat tugas bagi pihak bomoh. Ia melakukan sesuatu luar biasa pada pandangan manusia, sedangkan itu sifat biasa dikurniakan Allah terhadap jin. Menundukkan jin untuk tujuan mempermudahkan urusan manusia diharuskan. Nabi Sulaiman menggunakan bala tentera di kalangan manusia dan jin. Malah, jin dan malaikat sentiasa membantu manusia dalam hal-hal tertentu. Tetapi, hanya orang tertentu diberikan keistimewaan ini oleh Allah. Individu ini mendapat sesuatu yang tidak diberikan kepada orang biasa. Sebaliknya, secara umumnya hubungan bomoh dengan jin belaannya bukan satu anugerah istimewa. Ramai memperoleh bantuan jin (bahkan syaitan) dengan cara amalan salah. Mereka bukan menguasai jin, tetapi jin menguasai mereka. Bomoh dan jin mempunyaiperjanjiandan syarat yang memkhinzirtkan amalan syirik. ]

Amalan pemujaan jin, menunaikan permintaan jin dan melanggar hukum agama menjadi syarat yang biasa ditetapkan oleh jin. Syarat bukan saja dikehendaki melakukan kejahatan, bahkan tidak dibenarkan melakukan perkara kebaikan. Semua amalan itu perbuatan syirik, yakni mempercayai kekuasaan lain selain Allah. Syarat dikenakan jin untuk menyesatkan manusia jauh daripada ajaran Islam sebenar. Syarat itu bergantung kepada apa yang diminta oleh bomoh. Ada syarat melakukan pembunuhan, menodai gadis atau memuja mayat. Semua itu perbuatan dosa besar. Sesungguhnya syaitan adalah musuh manusia yang nyata. Syaitan sekali-kali tidak akan membantu manusia, melainkan berjaya menyesatkan manusia dengan pertolongan itu. Bantuan yang diberikan itu sekadar untuk meyakinkan manusia terhadap kebolehannya dan memberi ruang masa yang lebih panjang untuk memperdaya manusia dengan cara perbomohan.


Bomoh cari barang hilang memperlihatkan kebolehan mengesan barang yang hilang atau dicuri. Ia satu pertolongan jin untuk mengetahui lokasi barang itu. Di sebalik pertolongan itu, jin memasang perangkap dengan mengaitkan kehilangan itu dengan perbuatan orang lain. Makluman jin itu mencetus pelbagai andaian sehingga lahir perasaan curiga, permusuhan, dendam dan perpecahan sesama manusia. Banyak ikatan persaudaraan, persahabatan dan kerjasama putus akibat angkara tipu daya syaitan yang dilakukan melalui perbomohan.

Sebab itu, Islam mengharamkan perbuatan menilik. Dalam bahasa Arab ia disebut araf atau kahin. Sebuah hadis bermaksud: “Barang siapa datang kepada tukang tenung (bomoh), kemudian dia membenarkan perkataannya, maka sembahyangnya tidak diterima oleh Allah selama 40 hari.” (Hadis riwayat Muslim). Dalam hadis lain diriwayatkan oleh Abu Daud dari Abu Hurairah bermaksud: Barang siapa mendatangi kahin (dukun) dan membenarkan apa yang mereka katakan, sungguh ia kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad.”

Jelas sekali larangan itu kerana banyak keburukan akibat percayakan bomoh. Syaitan menjadikan perantaraan bomoh untuk melakukan perkara haram. Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan bertenung nasib adalah najis (haram), dan ia adalah perbuatan syaitan.” (Surah al-Maidah, ayat 90). Upacara perbomohan juga ada memkhinzirtkan amalan sihir yang diharamkan dalam Islam. Sihir adalah kuasa luar biasa yang memkhinzirtkan pertolongan jin dan syaitan. Tanpa pertolongan itu, manusia tidak mungkin dapat melakukannya.


Kebolehan luar biasa manusia di kalangan nabi dipanggil mukjizat dan di kalangan manusia biasa dipanggil keramat. Manusia biasa mendapat keramat di atas ketakwaan dan keimanan yang kuat. Pun begitu, orang mendapat keramat tidak menggunakan sesuka hati, bahkan seboleh-bolehnya merahsiakan kebolehan itu untuk mengelak salah faham masyarakat. Upacara perbomohan atau berjumpa bomoh untuk tujuan kebaikan tidak ditegah jika dilakukan mengikut tuntutan syariat. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggariskan panduan atau syarat menentukan perbomohan itu dibenarkan syariat. Di antara syarat itu ialah tidak menggunakan bentuk amalan sihir, ilmu hitam dan tilik. Ia juga tidak mengaitkan pengeras dengan sesuatu akibat. Selain itu, tidak memkhinzirtkan perbuatan berunsur syirik seperti pemujaan dan sembelihan binatang. Bacaan dalam perbomohan juga tidak memkhinzirtkan unsur meminta pertolongan daripada kuasa ghaib. Pada masa sama tidak ditetapkan pantang larang yang jelas bercanggah dengan Islam. Sekiranya syarat itu dipatuhi, harus kita berjumpa bomoh untuk berusaha berubat dan tujuan tertentu. Perbuatan itu sebagai satu usaha seperti memakan ubat atau mendapat khidmat nasihat doktor.


Perbezaan di antara bomoh dan doktor hanya dari segi cara perubatannya. Islam mengharuskan dilakukan usaha berubat dengan cara bacaan doa dan ayat al-Quran. Kedua-duanya diharuskan sebagai usaha memohon kepada Allah agar menyembuhkan penyakit atau menunaikan sesuatu hajat. Kelebihan al-Quran sebagai mukjizat yang tiada tandingannya memang dibenarkan. Ia boleh dijadikan sebahagian daripada doa atau memohon pertolongan daripada Allah. Rasulullah sering menyuruh orang yang sakit agar membaca al-Quran secara keseluruhannya atau ayat tertentu sebagai satu doa. Firman Allah bermaksud: “Dan Kami turunkan daripada al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman.” (Surah al-Isra, ayat 82).


Seharusnya kita dapat membezakan di antara amalan perbomohan dibenarkan syariat atau tidak. Perkara ini penting bagi mengelak diri daripada terus berada dalam keadaan syirik kepada Allah. Sesiapa melakukan dosa syirik tidak diampunkan dosanya, melainkan kembali mengucapkan kalimah syahadat. Sebarang masalah yang dihadapi ada jalan penyelesaiannya mengikut aturan agama. Allah memberi pertolongan kepada sesiapa bermohon kepadanya dan bersungguh-sungguh melakukan apa yang sepatutnya. Yakinlah, syaitan tidak pernah melakukan kebaikan kepada manusia. Sekiranya ada pertolongan diberikan, ia hanya satu tipu daya membawa kepada keburukan dan perbuatan keji. Firman Allah bermaksud: “Hai orang beriman! Janganlah kamu turut langkah syaitan. Dan sesiapa yang menurut langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan keji dan kesalahan.” (Surah an-Nur, ayat 21)

0 comments:

 
template by suckmylolly.com flower brushes by gvalkyrie.deviantart.com